Sunday, August 9, 2009

Rumah, Tangga, dan Fulus


Semalam aku ke Melaka, bersama rakan-rakan ke majlis perkahwinan salah seorang rakan sekelas dahulu. Setahun dua ini memang aku menjangkakan kesibukan hari sabtu dan ahad menghadiri majlis kenduri kahwin rakan-rakan. Usia 23-25 memang prime time untuk kahwin barangkali. Ibarat rating siaran televisyen antara pukul 8 ke 10 malam, ramai yang menonton. Usia diantara umur 23-25 tahun ini juga usia dimana 'air senang masuk dalam kepala', sehari tak jumpa macam setahun lamanya...kononnya.

Bagus untuk berkahwin awal, dapat mengelakkan maksiat khususnya bagi yang beragama Islam. Namun sudahkah anda bersedia untuk kahwin? Bersediakah anda menjadi isteri/suami kepada seseorang? Dah tahukah kamu tanggungjawab suami/isteri? Dah cukupkah duit simpanan anda? Kepada mereka yang bujang dan memasang impian menggunung untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, berikut merupakan perkara yang perlu difikir atau disediakan sebelum berkahwin.

1) Hantaran
Tahun ni, jumlah hantaran paling 'cikai' aku dengar daripada rakan-rakan aku yang telah berkahwin berjumlah RM 9000. Tu yang paling 'cikai' la. Bagi aku jumlah hantaran pada zaman kegawatan ekonomi ini haruslah berpada-pada, tidak perlu terlalu tinggi. Jangan meletakkan tekanan yang tinggi kepada pasangan anda.
Ibu bapa semestinya tidak mahu anak perempuan mereka dibawa ke hulu ke hilir dengan teman lelaki sehingga bertahun-tahun dengan alasan "masih mengumpul duit untuk meminang anak makcik". Mungkin lebih mendukacitakan jika anak perempuannya pulang dari klinik dengan mengatakan "mak, mak dah jadi nenek".

2) Keperluan barang hantaran yang lain (cincin, kasut, baju, coklat, dan lain-lain)
Ketika artikel ini ditulis, harga sebentuk cincin belah rotan adalah kira-kira Rm400+. 2 tahun sebelum ini, anda hanya perlu membayar beberapa puluh ringgit sahaja lagi dari jumlah rm 400 tersebut untuk mendapatkan sebentuk lagi cincin belah rotan. Harga emas memang meningkat semenjak kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat pada tahun depan. Tidak percaya? Pergi kedai emas...

Untuk barangan yang lain seperti kasut dan baju bolehlah dibeli ketika jualan murah hujung tahun atau ketika promosi hari raya nanti. Satu langkah berjimat bagi yang kurang berkemampuan. Bagi mereka yang 'lebih mampu' pula, boleh la anda pertimbangkan untuk menukar barangan hantaran baju dan kasut kepada yang lebih mahal dan lebih 'stylo' seperti Computer Grafix card, blackberry, atau mungkin PS3.

3) Kad Kawin
Paling murah biasanya Rm0.50 sekeping jika ditempah di kedai (bergantung kepada rekabentuk). Khidmat SMS, Email, Friendster, dan Facebook juga boleh digunakan jika ingin menjimatkan kos. Kalau nak suruh aku buat pun boleh, kalau kena dengan harganya..:)

4) Majlis Perkahwinan
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Majlis boleh dilansungkan samada di rumah atau di dewan. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang mendapat 'sponsor' dari pihak ibu bapa yang berpangkat 'datuk' mungkin lebih memilih untuk mengadakan majlis di hotel-hotel yang menyediakan perkhidmatan majlis perkahwinan (sila rujuk rancangan NONA, setiap Ahad, TV3).

Faktor kesesuaian halaman rumah turut menjadi sebab pemilihan dewan dan hotel sebagai tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bagi yang mempunyai halaman rumah yang luas bolehlah mengadakan majlis tersebut di rumah sendiri sahaja. Kos sewa khemah tidaklah semahal kos sewa dewan dan juga hotel. Hanya perlu memikirkan samada mahu menggunakan khidmat catering atau gotong royong memasak. Jumlah jemputan juga tidak perlu nak dihadkan berbanding dengan yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel.

Perkara lain yang perlu difikirkan adalah berkenaan adat setempat pasangan anda. Bagi pihak lelaki, lakukan sedikit persediaan sebelum bertandang ke rumah pihak perempuan bagi tujuan merisik atau bertunang.

'Lain padang, lain belalang'

Kaji adat dan budaya masyarakat kawasan tersebut. Jika persediaan telah dilakukan, tidak lah anda terkejut nanti sekiranya dikehendaki membayar 'tol' sebelum naik ke rumah pihak perempuan untuk tujuan merisik atau bertunang...:)

P/s: Aku dah 'peram' lama post ni...sibuk smpai tiada masa nak update blog.


2 comments:

abcdef said...

Dah kaji awal2 lagi rupenye ha2

aikiross said...

betul3....bkn men lagi...dah bersedia sgt la ni ye...hehe....aku pun kene bersedia nih...wat baju baru 2 pasang...kumpul duit nak beli adiah kawen ko lg....nk plan perjalanan ke kelantan lg...bla2...bla2...bla2..