Wednesday, December 2, 2009

Sunday, November 22, 2009

Langit Tak Selalu Cerah

Aku dah lama tak update blog. Bukan sebab malas, tapi sebab aku kena merajinkan diri untuk fokus dengan perkara yang lebih penting. Kerja pejabat yang banyak dan persiapan perkahwinan (ops!!) telah menyebabkan aku rasa masa 24 jam sehari adalah tak cukup...bernafas pun kekadang boleh sangkut. Itu belum dicampur dengan dugaan-dugaan lain lagi. Peristiwa-peristiwa macam cermin kereta pecah, kereta excident, dan kena saman polis menyedarkan aku yang darah orang nak kahwin sememangnya tengah manis waktu macam ni.

2 peristiwa telah terjadi kepada kereta aku. Peristiwa pertama berlaku pada malam aku menziarahi mak aku (mak aku masuk CCU masa tu, dugaan jugak ni) di hospital terletak di Subang Jaya. Cermin depan kereta aku retak terkena batu yang melantun masa memandu, cuak jugak aku tengok retak tu makin panjang sepanjang malam tu. Memandangkan otak aku tak terfikir untuk buat insurans untuk cermin kereta masa renew road tax dan insurans maka terpaksa la aku keluarkan duit sendiri untuk ganti cermin baru. Hati aku retak jugak masa tu memandangkan aku sebenarnya baru berkira-kira nak tinted cermin...huhu.


'Retak cermin ku, retak juga hati ku'

Peristiwa kedua pula berlaku selang 3 minggu selepas tu. Aku yang baru pulang dari site project sambil memandu Saga aku, telah terlanggar kereta Saga Iswara lama di hadapan. Jalan raya yang basah disebabkan hujan telah menyebabkan sistem brek aku tidak bertindak mengikut arahan.

Mungkin disebabkan mutu besi dahulu lebih baik dari sekarang maka kereta aku kemik teruk di bahagian depan manakala kereta iswara tersebut hanya mengalami cedera ringan, patah nombor plat.

Pakcik Polis tidak teragak-agak 'menghadiahkan' aku saman atas kecuaian mengakibatkan kemalangan dan ini merupakan saman aku yang pertama sepanjang 5 tahun aku berkecimpung dalam arena pemanduan. 'Hadiah' disampaikan semasa aku pergi ke balai polis untuk buat laporan kemalangan. Tahniah... Hampir 3 minggu juga masuk bengkel dan ketika itu baru aku sedar semula akan kewujudan motosikal aku.




Nasib kereta yang kemik

Pandangan sisi (maaf, kamera amatur)

Walau bagaimanapun kereta aku sekarang dah ok, dalam keadaan sihat. Cuma cita-cita aku untuk upgrade kereta perlu aku tangguhkan dulu. Tunggu RMK 10 tahun depan. Tapi aku masih pelik, kenapa air bag kereta aku tak keluar masa kemalangan tu? Nanti aku tanya peguam aku kalau-kalau boleh buat saman malu kat Proton.

Kasi Tahan Lu Punya Pintu








Sesiapa ada jumpa dengan sendal pintu camni harap boleh 'roger' aku...nak beli wat tahan pintu toilet...


Saturday, October 31, 2009

Aku Masih Hidup

Pergh!!!!! Lama betul tak update. Agak sibuk kebelakangan ni dengan kerja-kerja pejabat dan persiapan-persiapan tertentu. Nanti aku update lebih. Bye...

Saturday, August 29, 2009

Menjelang 1 September


Hari ini adik aku mengisi petrol kereta kancil 850 miliknya dengan RON95. Selepas beberapa ketika, kereta tu mengalami penyakit 'semput' sebelum mengalami 'kematian' ketika berhenti di lampu isyarat. Hanya selepas berlaku sekali lagi 'kematian' barulah adik aku selamat sampai ke rumah. Agak memalukan sebenarnya apabila kereta dengan transmisi automatik mati di jalan. Kalau manual lain la. Sebab musabab yang jelas berkenaan 'kematian' itu tak dapat aku pastikan. Mungkin bedah siasat boleh menjawab segalanya. Apa yang pasti RON95 tu tak sesuai untuk model kancil 850-transmisi automatik-keluaran 2001 milik adik aku.

Kerajaan telah perkenalkan RON95 bagi menggantikan RON92 dan dalam masa yang sama menaikkan harga bagi RON97. RON97 adalah jenis petrol yang digunakan oleh kebanyakan rakyat malaysia waktu kini. Harga untuk RON95 nanti adalah 5sen lebih mahal daripa harga RON 92 kini iaitu RM1.75 dan bagi RON97 pula dinaikkan sebanyak 20sen menjadikan harganya RM2.00 menjelang 1 September nanti (2 hari lagi). Menurut sumber, minyak RON97 merupakan minyak bergred premium dan kebanyakkan kereta hari ini tidak memerlukan minyak gred setinggi itu.

R.O.N adalah singkatan kepada Research Octane Number yang berkaitan dengan campuran bahan asas oktana dan pentana. Kedua-dua campuran inilah yang melengkapkan sifat bahan bakar petrol. Nombor pada RON mewakili peratusan oktana dalam campuran tersebut. RON95 bermaksud 95 peratus kandungan dalam campuran tersebut adalah oktana dan selebihnya adalah pentana. Oktana berperanan untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran dan mempunyai sifat mengembangkan tekanan dengan baik. Manakala pentana pula hanya melambatkan proses timbal balik. Maka secara teorinya RON yang lebih tinggi adalah lebih baik. RON yang lebih tinggi juga lebih baik untuk alam sekitar. Buat pengetahuan, keseluruhan kenderaan di Jepun menggunakan RON100 sebagai bahan bakar kenderaan mereka.

Walaupun RON97 secara teorinya lebih baik dari RON95, kualiti sesuatu petrol itu sebenarnya bergantung juga kepada 'ramuan' para pengeluar petrol. RON hanya piawai yang perlu ditetapkan oleh setiap pengeluar minyak dan dalam masa yang sama para pengeluar petrol mempunyai cara sendiri dalam meningkatkan kualiti produk RON masing-masing. Petrol yang mempunyai sifat membersih, lebih kilometer dan ketahanan kepda suhu adalah antara rumusan tambahan yang digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti sesuatu petrol itu.

Untuk kes seperti kereta kancil adik aku ni, aku cadangkan agar meneruskan penggunaan RON97 seperti sebelum ini. Bayar harga lebih sedikit mungkin lebih baik daripada mengalami masalah enjin dikemudian hari. Sekiranya sesebuah enjin kereta hanya cukup untuk pembakaran RON95 sahaja, lebih baik menggunakan petrol RON95 sahaja, jangan membazir duit untuk menggunakan RON97, boleh buat bayar 'Zakat Fitrah' pada bulan Ramadahan ni. Tetapi sekiranya enjin kereta anda dicipta untuk membakar RON97, penggunaan RON95 adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan masalah 'ketukan' (knocking) pada enjin.

Cara lain yang boleh digunakan adalah dengan mencuba RON95 jenama pengeluar petrol yang lain (buat pengetahuan, adik aku menggunakan petrol RON95 di stesen Shell semasa kejadian 'semput' itu berlaku). Mungkin keupayaan dan ramuan petrol tersebut tidak bersesuaian dengan enjin kancil. Kereta lain mungkin lebih baik. Ramuan setiap pengeluar yang berlainan adalah satu faktor penting dalam pemilihan petrol. Mungkin RON95 di stesen X lebih baik dari stesen Y. Atau mungkin juga RON95 di stesen Y lebih baik daripada RON97 di stesen X. Semuanya bergantung kepada tahap enjin masing-masing.

Macam mana dengan kereta aku? Aku belum mencuba lagi RON95 dimana-mana stesen minyak tetapi aku difahamkan enjin Campro (aku guna SAGA 1.3) boleh menggunakan RON95 tanpa sebarang masalah ketukan enjin. Adakah ini salah satu langkah kerajaan untuk melariskan jualan Proton termasuk proton EXORA di negara kita? Aku tak pasti. Mungkin masalah pick up akan berlaku pada pemilik kenderaan seperti Honda sekiranya menggunakan RON95 pada kenderaan mereka. Sekiranya enjin Campro benar-benar sesuai bagi penggunaan RON95 maka pembeli kereta baru mungkin akan mempertimbangkan pembelian Proton sebagai kenderaan mereka.

Friday, August 28, 2009

Bedah Siasat









Lama betul tak bersihkan pc...berhabuk gile...

Wednesday, August 19, 2009

Cerkon (Cerita Kontot)- Puasa Aku yang Dulu-dulu...


Memang sedap tidur aku petang tu. Maklum la, hari pertama puasa, letih la konon. Kipas memang aku buka full. Bantal pulak kiri kanan ada. Memang kombinasi yang baik nak tidur petang dalam bulan puasa.

Sekali tu 'henset' aku berbunyi. Siapa la yang tergamak kacau aku ni. Aku terjaga dan capai 'henset'. Aku jawab. Pakcik aku call, ajak pergi pasar ramadhan. Ikut hati memang aku taknak pergi. Apa kelas keluar berdua dengan seorang pakcik yang dah ada anak 2, tak berkembang lansung. Tapi selepas diberitahu kehadiran 'awek-awek' ke pasar ramadhan pada hari pertama puasa ni, aku bertukar fikiran. Lagipun tak elok tidur petang, kurang pulak pahala puasa aku nanti.

Aku pun bergegas ke bilik air. Mandi lebih kurang. Tak lupa aku pakai sabun dettol baru beli. Selesai aktiviti dalam bilik air, aku kena kan diri dengan baju paling stylo yang aku ada masa tu. Aku padankan pulak dengan seluar jeans bundle yang aku beli Rm 50 tak lama dulu.

Pin ! Pin (bunyi hon, lebih kurang la)

Kedengaran bunyi hon kereta kat luar rumah. Pakcik aku da sampai rupanya. Selepas mintak izin keluar dari mak aku, aku pun bergegas keluar rumah. Kelihatan sebuah kereta honda accord kat luar. Pakcik aku 'rembat' kereta atuk aku rupanya. Selalu pakai kancil 850 je. Nak bergaya je hari-hari.

Aku masuk dalam kereta. Aku setting kerusi betul-betul dulu. Tak lupa juga pakai seat belt. Utamakan keselamatan beb... Kereta pun meluncur keluar dari kawasan rumah. Dalam kereta kami berborak pasal kereta, bola sepak, dan awek yang pakcik aku baru kenal. Anak dah dua orang pun sibuk menggatal lagi. Perangai 'player' terbawak-bawak sampai dah kawin. Masa borak pun mulut macam ada bau kari. Musykil aku. Ish2..pakcik siapa la ni.

Sampai di pasar, seperti dijangka memang ramai orang. Gerai pun banyak. Semangat berniaga para peniaga pun masih membara lagi masa ini. Faktor begini la yang membuatkan golongan ibu-ibu malas memasak. Tengok la minggu terakhir puasa nanti, berapa kerat je yang tinggal nak berniaga.

Aku membuka langkah. Meluru ke gerai menjual air cendol. Baru terasa puasa yang sebenar kalau berbuka dengan air cendol. Dalam kesibukan aku dan orang ramai berdiri depan gerai tu, entah macam mana seorang 'awek' ni dah terpijak kaki aku. Aku pandang dia, dia pun pandang aku balik. Pastu kami sama-sama tengok kaki masing-masing. Dia pandang atas balik sambil tersenyum dan cakap "sori', ceh...mat saleh la konon. Aku pandang balik kaki aku. Belek lebih kurang takut ada kecederaan menimpa kaki penyerang futsal ni.

Siot, baru aku perasan, selipar aku sebelah lain. Sebelah warna biru sebelah lagi hitam. Aku pandang 'awek tu balik. Dia senyum kat aku. Aku batalkan niat nak minum cendol hari tu. Terus ajak pakcik aku pergi gerai 'roti john'. Aku beli dua bungkus, boleh buat cover sebelah kaki masa berjalan nanti.

Esoknya aku cari port lain pasar ramadhan...

P/s: Ini bukan kisah benar.
Entry sempena menyambut puasa...


Monday, August 17, 2009

Nak Tidur di Luar?


Anda seorang suami yang selalu pulang lewat? Selalu dihalau dari rumah gara-gara gincu di tepi kolar baju? Atau seorang mat rempit (opss maaf, samseng jalanan) yang hanya pulang subuh dan selalu tertinggal kunci rumah?

Ini penyelesaiannya...






Sempoi...

Ramalan H Satu N Satu


Agak 'meriah' berita penyebaran dan jangkitan H1N1 di negara kita sejak akhir-akhir ini. Virus H1N1 atau nama lainnya Influenza A/ Selsema babi (Swine Flu) ini dikatakan terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung, dan manusia. Sesetengah pihak percaya penyebaran virus ini adalah sebahagian daripada konspirasi organisasi tertentu bertujuan untuk melariskan jualan vaksin dan penawar virus ini. Tidak kurang juga yang berpendapat penyebaran virus ini adalah untuk mengurangkan populasi manusia di dunia bagi mengurangkan kesan krisis makanan sedunia (!?).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema ini jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti H1N1.

Memandangkan jumlah pesakit dan kes kematian yang semakin meningkat setiap hari, cuba bayangkan apa akan terjadi dalam masa 5 ke 6 bulan akan datang dan langkah-langkah yang kemungkinan diambil bagi membendung penularan penyakit ini:

1) Satu arahan mungkin dikeluarkan mewajibkan pemakaian surgical mask ditempat-tempat tertentu seperti sekolah, hospital, klinik, stesen bas, komuter dan lapangan terbang. Guru-guru mungkin hanya dibenarkan membuka surgical mask ketika mengajar sahaja atau pun tak perlu mengajar lansung buat sementara waktu, bagi nota sahaja.

Di stesen KL Central pula mungkin akan dipenuhi dengan penumpang-penumpang yang memakai surgical mask termasuk 'polis' yang mengawal garisan 'kuning' di tepi landasan. Ketika itu mungkin tidak kedengaran bunyi wisel daripada 'polis' penjaga garisan tersebut sekiranya anda melebihi garisan kuning, dengan alasan tak mahu membuka mulut, takut 'tersedut' virus H1N1 ke dalam mulut.

2) Satu kawalan ketat di pintu masuk sempadan dan lapangan terbang akan diambil melibatkan pemeriksaan suhu badan setiap penumpang yang turun setiap hari. Mungkin juga ada desakan pihak-pihak tertentu untuk melarang kemasukan kapal terbang dari negara-negara yang dijangkini virus ini tapi aku pasti pihak kerajaan tidak akan mengambil langkah sedemikian kerana melibatkan pelbagai prosedur, kos, serta mungkin akan menjejaskan industri pelancongan negara. Walaupun aku tak tahu berapa ramai yang sanggup untuk melancong ketika berlakunya penularan virus ini, namun aku pasti masih ramai yang masih 'sudi' untuk menghabiskan masa melancong di negara orang.

3) Kadar jenayah meningkat terutama kes ragut, samun dan rompakan. Budaya memakai topeng muka akan memudahkan penjenayah-penjenayah ini melakukan jenayah ini apabila turut memakai surgical mask semasa malakukan jenayah. Kejadian meraba dalam keretapi komuter juga mungkin akan berleluasa..jaga-jaga..:).

4) Munculnya golongan yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan. Mungkin akan berleluasanya ubat-ubatan tradisional dan moden yang kononnya berupaya untuk menyembuhkan penyakit H1N1. Itu belum termasuk petua-petua mengelakkan penyakit H1N1 yang tersebar melalui SMS dan Email. Harga surgical mask juga mungkin akan meningkat naik kesan daripada permintaan yang tinggi oleh orang ramai. Aku cadangkan agar pihak kerajaan membekalkan topeng penutup hidung ini secara percuma di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah dan sebagainya.

Harga barangan keperluan harian seperti gula dan beras akan meningkat naik. Orang ramai akan membeli barangan keperluan ini dalam kuantiti yang banyak sebagai stok simpanan di rumah. Permintaan barangan yang melebihi pengeluaran akan meningkatkan lagi harga barangan.

5) Rekod kelahiran bayi akan menjadi rendah. Golongan ibu-ibu mengandung merupakan golongan paling berisiko terkena jangkitan dan berlakunya kematian akibat jangkitan H1N1. Para saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati kadar wanita hamil yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan penyakit itu adalah empat kali lebih tinggi berbanding kes biasa. Langkah mengelakkan diri dari 'membuat anak' mungkin diambil oleh pasangan yang telah berkahwin untuk mengelakkan risiko tersebut.

6) Aktiviti malam seperti menonton perlawanan bola sepak EPL di kedai mamak, berpeleseran di di kelab-kelab malam dan menonton midnight movie di panggung wayang mungkin akan berkurangan. Aktiviti malam golongan ini mungkin akan diganti dengan aktiviti bermain PS3 di rumah, menulis blog, dan solat tahajud.

7) Ubat khas untuk merawat H1N1 seperti antiviral, Oseltamivir (Tamiflu), dan Zanamivir (Relenza) mungkin tidak lagi relevan digunakan kerana pertambahan jumlah pesakit yang sangat ketara. Keadaan yang sesak di hospital-hospital dengan pesakit-pesakit influenza dan keadaan fasiliti seperti katil pesakit yang terhad memburukkan lagi keadaan. Pesakit-pesakit akan akan dibekalkan ubat-ubatan yang terhad dan diminta untuk merawat diri di rumah sahaja. Pesakit akan dinasihatkan menjaga kebersihan dan diarahkan tidak keluar rumah termasuk keluar bekerja. Jangan risau, MC (medical certificate) akan diberi.

8) Vaksin yang akan diperolehi nanti akan di berikan kepada golongan berisiko tinggi akibat Influenza A dahulu iaitu;
a) Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun• Golongan tua (65 tahun ke atas)
b) Golongan berumur 18 tahun ke bawah yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
c) Wanita mengandung
d) Pesakit asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
e) Pesakit daya ketahanan badan yang rendah (immunosuppression)

Jumlah tempahan vaksin H1N1 mungkin tidak dapat menampung keperluan semua penduduk Malaysia. Yang lain kena tunggu giliran anda.

Apa pun yang penting pada ketika ini hendaklah seluruh rakyat menjaga kebersihan diri dan mengamalkan langkah-langkah yang betul bagi membendung penularan wabak ini. Basuh tangan secara kerap dan elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut adalah satu langkah yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu. Sesetengah virus boleh hidup melebihi 2 jam di permukaan-permukaan seperti meja, kerusi, dan tombol pintu. Membasuh tangan secara kerap akan mengurangkan kesan pencemaran pada bahagian-bahagian ini.

P/s: Selamat berpuasa...


Sunday, August 9, 2009

Rumah, Tangga, dan Fulus


Semalam aku ke Melaka, bersama rakan-rakan ke majlis perkahwinan salah seorang rakan sekelas dahulu. Setahun dua ini memang aku menjangkakan kesibukan hari sabtu dan ahad menghadiri majlis kenduri kahwin rakan-rakan. Usia 23-25 memang prime time untuk kahwin barangkali. Ibarat rating siaran televisyen antara pukul 8 ke 10 malam, ramai yang menonton. Usia diantara umur 23-25 tahun ini juga usia dimana 'air senang masuk dalam kepala', sehari tak jumpa macam setahun lamanya...kononnya.

Bagus untuk berkahwin awal, dapat mengelakkan maksiat khususnya bagi yang beragama Islam. Namun sudahkah anda bersedia untuk kahwin? Bersediakah anda menjadi isteri/suami kepada seseorang? Dah tahukah kamu tanggungjawab suami/isteri? Dah cukupkah duit simpanan anda? Kepada mereka yang bujang dan memasang impian menggunung untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, berikut merupakan perkara yang perlu difikir atau disediakan sebelum berkahwin.

1) Hantaran
Tahun ni, jumlah hantaran paling 'cikai' aku dengar daripada rakan-rakan aku yang telah berkahwin berjumlah RM 9000. Tu yang paling 'cikai' la. Bagi aku jumlah hantaran pada zaman kegawatan ekonomi ini haruslah berpada-pada, tidak perlu terlalu tinggi. Jangan meletakkan tekanan yang tinggi kepada pasangan anda.
Ibu bapa semestinya tidak mahu anak perempuan mereka dibawa ke hulu ke hilir dengan teman lelaki sehingga bertahun-tahun dengan alasan "masih mengumpul duit untuk meminang anak makcik". Mungkin lebih mendukacitakan jika anak perempuannya pulang dari klinik dengan mengatakan "mak, mak dah jadi nenek".

2) Keperluan barang hantaran yang lain (cincin, kasut, baju, coklat, dan lain-lain)
Ketika artikel ini ditulis, harga sebentuk cincin belah rotan adalah kira-kira Rm400+. 2 tahun sebelum ini, anda hanya perlu membayar beberapa puluh ringgit sahaja lagi dari jumlah rm 400 tersebut untuk mendapatkan sebentuk lagi cincin belah rotan. Harga emas memang meningkat semenjak kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat pada tahun depan. Tidak percaya? Pergi kedai emas...

Untuk barangan yang lain seperti kasut dan baju bolehlah dibeli ketika jualan murah hujung tahun atau ketika promosi hari raya nanti. Satu langkah berjimat bagi yang kurang berkemampuan. Bagi mereka yang 'lebih mampu' pula, boleh la anda pertimbangkan untuk menukar barangan hantaran baju dan kasut kepada yang lebih mahal dan lebih 'stylo' seperti Computer Grafix card, blackberry, atau mungkin PS3.

3) Kad Kawin
Paling murah biasanya Rm0.50 sekeping jika ditempah di kedai (bergantung kepada rekabentuk). Khidmat SMS, Email, Friendster, dan Facebook juga boleh digunakan jika ingin menjimatkan kos. Kalau nak suruh aku buat pun boleh, kalau kena dengan harganya..:)

4) Majlis Perkahwinan
Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Majlis boleh dilansungkan samada di rumah atau di dewan. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang mendapat 'sponsor' dari pihak ibu bapa yang berpangkat 'datuk' mungkin lebih memilih untuk mengadakan majlis di hotel-hotel yang menyediakan perkhidmatan majlis perkahwinan (sila rujuk rancangan NONA, setiap Ahad, TV3).

Faktor kesesuaian halaman rumah turut menjadi sebab pemilihan dewan dan hotel sebagai tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan. Bagi yang mempunyai halaman rumah yang luas bolehlah mengadakan majlis tersebut di rumah sendiri sahaja. Kos sewa khemah tidaklah semahal kos sewa dewan dan juga hotel. Hanya perlu memikirkan samada mahu menggunakan khidmat catering atau gotong royong memasak. Jumlah jemputan juga tidak perlu nak dihadkan berbanding dengan yang mengadakan majlis perkahwinan di hotel.

Perkara lain yang perlu difikirkan adalah berkenaan adat setempat pasangan anda. Bagi pihak lelaki, lakukan sedikit persediaan sebelum bertandang ke rumah pihak perempuan bagi tujuan merisik atau bertunang.

'Lain padang, lain belalang'

Kaji adat dan budaya masyarakat kawasan tersebut. Jika persediaan telah dilakukan, tidak lah anda terkejut nanti sekiranya dikehendaki membayar 'tol' sebelum naik ke rumah pihak perempuan untuk tujuan merisik atau bertunang...:)

P/s: Aku dah 'peram' lama post ni...sibuk smpai tiada masa nak update blog.


Sunday, July 26, 2009

Fantasy Premier League 2009/2010


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai liga 'Fantasy Premier League' aku, sila masukkan nombor code ini; 228669-58698.

Sila perkenalkan diri di dalam ruangan forum setelah mendaftarkan pasukan. Pasukan yang mendaftar tanpa memperkenalkan diri akan di'kick' serta merta dari liga :).

Tuesday, July 21, 2009

Testimoni Pengguna Fair & Lovely

"Terima kasih Fair & Lovely"

Why Employees Hide Their Skills!!

A salesman dropped in to see a business customer. Not a soul was in the office except a big dog emptying wastebaskets.

The salesman stared at the animal, wondering if his imagination could be playing tricks on him. The dog looked up and said, "Don't be surprised. This is just part of my job."

"Incredible!" exclaimed the man, "I can't believe it! Does your boss know what a prize he has in you? An animal that can talk!"

"No! No!" pleaded the dog, "Please don't! If he finds out I can talk, he'll make me answer the phone as well".

:)

Sunday, July 19, 2009

Mak aku dan Teknologi.

Waktu malam aku diantara jam 10 hingga 12 tengah malam biasanya digunakan untuk membuat kerja-kerja yang tertangguh di pejabat. Kalau tiada urusan pejabat, aku akan gunakan masa tersebut untuk membaca berita di internet, chatting, atau melayan counter-stike di komputer kesayangan aku ni. Kiranya penggunaan komputer adalah 'wajib' pada setiap malam.

Atas sebab kemalasan yang teramat sangat dan faktor mengantuk yang melebihi tahap manusia biasa, kadangkala aku terlupa menutup suis elektrik komputer aku lepas shut down. Mak aku akan membebel tiap pagi kalau dia tahu yang aku tak tutup suis komputer malam itu. Untuk keselamatan katanya, takut berlaku litar pintas. Maka untuk 'membanteras' sikap lalai aku itu, kadang kala dia akan mengetuk pintu bilik sambil mengingatkan aku agar menutup suis sebelum tido.

Pada satu malam, jam sudah pukul 12. Mata aku dah mula mengantuk menandakan khidmat bantal, katil dan selimut amat di perlukan pada waktu tersebut. Aku tutup komputer . Mulakan langkah berat ke katil.

"kring...kring..."

Kedengaran ringtone 'wonderpet' aku menandakan satu sms dah masuk. Aku agak sms dari 'awek-awek' yang memerlukan ucapan 'Good Night' dari seorang lelaki barangkali, tanggungjawab aku setiap malam. Aku buka inbox;

"K, jangan lupa tutup suis komputer itu sebelum tido..."

Pergh, inilah mak aku semenjak pandai tulis sms ni...

"Patah Tumbuh Hilang Berganti"

Setiap kematian pasti ada kelahiran. Setiap yang hilang pasti berganti. Begitu juga dengan blog..pasti ada yang baru.

Ini blog baru aku. Sila tunjuk ajar.