Monday, May 24, 2010

Pergelangan Tanganku yang Suci Murni


Gambar xda kena mengena dengan cerita

Aku memang tak suka benda-benda mengelilingi pergelangan tangan aku, baik benda tu gelang, bangle, jam tangan, mahupun tangkal kencing malam. Aku rimas kerana benda-benda ini akan mengganggu perjalanan hidup aku seharian. Kejadian seperti tersangkut, kena rembat memang tak mustahil terjadi jika kita pakai benda alah ni semua. Ahhh..tipikal..

Jam tangan sebagaimana sifatnya pasti akan meninggalkan kesan peluh di bahagian bawahnya. Maka aku sebagai seorang manusia normal yang kuat berpeluh memang tak gemar dengan keadaan macam ni, rimas. Kali terakhir aku pakai jam di pergelangan tangan aku (jam dinding xkira) kira-kira 13-15 tahun lepas, masa sekolah rendah. Walau bagaimanapun riwayat jam tangan aku yang terakhir itu berakhir dengan kejadian yang agak tragis.

Kejadian tu berlaku berbelas tahun lepas. ketika tu aku dalam perjalanan pulang dari kampung di Kelantan. Mungkin akibat banyak makan budu pada hari tersebut, abah memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak terdekat untuk memberi peluang kepada aku untuk melakukan sedikit 'pelaburan' di tandas situ. Aku yang pada waktu tu yang ibarat 'telur di hujung tanduk', memang tak buang masa, terus melompat turun dari kereta menuju ke arah toilet. Aku berjalan dengan cara yang agak control untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, tak berani aku nak berlari,maklum la 'telur di hujung tanduk'.

Dengan gaya jalan yang mcm Miss Universe akhirnya aku tiba di dalam tandas. Owh..perlu diberitahu disini, disebabkan tahap ketidakselesaan aku terhadap pemakaian jam tangan yang agak tinggi ketika itu, jam tangan aku biasanya hanya aku simpankan di dalam poket kiri seluar aku. Bila keadaan memerlukan aku melihat jam barulah aku keluarkan jam tersebut. Keadaan tak jauh berbeza dengan orang yang menggunakan jam pada telefon bimbit untuk mengetahui waktu pada ketika ini, yang membezakan pada tahun tersebut telefon bimbitnya memang tak muat nak masuk dalam poket, baling anjing laut pun mati.

Ok, berbalik kepada cerita tandas tadi.

Akibat tidak berhati-hati, jam tangan aku didalam seluar tersebut telah menggelongsur dari dalam poket seluar dan jatuh ke dalam lubang tandas. Cubaan untuk 'meng'keruk'' ke dalam lubang tersebut bagaimanapun tidak berhasil untuk menemukan kembali jam tangan tersebut dengan tuannya. Maka semenjak pada hari itu, aku tidak pakai jam tangan. Maka bermula hari itu,bebas la pergelangan tangan aku dari sebarang objek bergantungan. Hanya sekali sekala ada perempuan terpilih bergantungan di lengan ini terutama ketika keluar beli belah...hehh..

Hanya selepas berbelas tahun, pada tahun 2010 ini aku kembali memakai jam tangan. Itu pun dek kerana hadiah bermakna dari seseorang yang aku sayang. Memang agak kekok dan pelik pada mulanya, tapi selepas 2 hari aku dah mula membiasakan diri.

Harapnya aku dapat jaga pemberian ini dengan baik...takut juga aku kalau terkena simen masa kat site project nanti..:)



Gambar ni ada kena mengena sikit dengan cerita...

P/s: Biasa orang pakai jam tangan sebelah kiri ke kanan ye?