Wednesday, August 19, 2009

Cerkon (Cerita Kontot)- Puasa Aku yang Dulu-dulu...


Memang sedap tidur aku petang tu. Maklum la, hari pertama puasa, letih la konon. Kipas memang aku buka full. Bantal pulak kiri kanan ada. Memang kombinasi yang baik nak tidur petang dalam bulan puasa.

Sekali tu 'henset' aku berbunyi. Siapa la yang tergamak kacau aku ni. Aku terjaga dan capai 'henset'. Aku jawab. Pakcik aku call, ajak pergi pasar ramadhan. Ikut hati memang aku taknak pergi. Apa kelas keluar berdua dengan seorang pakcik yang dah ada anak 2, tak berkembang lansung. Tapi selepas diberitahu kehadiran 'awek-awek' ke pasar ramadhan pada hari pertama puasa ni, aku bertukar fikiran. Lagipun tak elok tidur petang, kurang pulak pahala puasa aku nanti.

Aku pun bergegas ke bilik air. Mandi lebih kurang. Tak lupa aku pakai sabun dettol baru beli. Selesai aktiviti dalam bilik air, aku kena kan diri dengan baju paling stylo yang aku ada masa tu. Aku padankan pulak dengan seluar jeans bundle yang aku beli Rm 50 tak lama dulu.

Pin ! Pin (bunyi hon, lebih kurang la)

Kedengaran bunyi hon kereta kat luar rumah. Pakcik aku da sampai rupanya. Selepas mintak izin keluar dari mak aku, aku pun bergegas keluar rumah. Kelihatan sebuah kereta honda accord kat luar. Pakcik aku 'rembat' kereta atuk aku rupanya. Selalu pakai kancil 850 je. Nak bergaya je hari-hari.

Aku masuk dalam kereta. Aku setting kerusi betul-betul dulu. Tak lupa juga pakai seat belt. Utamakan keselamatan beb... Kereta pun meluncur keluar dari kawasan rumah. Dalam kereta kami berborak pasal kereta, bola sepak, dan awek yang pakcik aku baru kenal. Anak dah dua orang pun sibuk menggatal lagi. Perangai 'player' terbawak-bawak sampai dah kawin. Masa borak pun mulut macam ada bau kari. Musykil aku. Ish2..pakcik siapa la ni.

Sampai di pasar, seperti dijangka memang ramai orang. Gerai pun banyak. Semangat berniaga para peniaga pun masih membara lagi masa ini. Faktor begini la yang membuatkan golongan ibu-ibu malas memasak. Tengok la minggu terakhir puasa nanti, berapa kerat je yang tinggal nak berniaga.

Aku membuka langkah. Meluru ke gerai menjual air cendol. Baru terasa puasa yang sebenar kalau berbuka dengan air cendol. Dalam kesibukan aku dan orang ramai berdiri depan gerai tu, entah macam mana seorang 'awek' ni dah terpijak kaki aku. Aku pandang dia, dia pun pandang aku balik. Pastu kami sama-sama tengok kaki masing-masing. Dia pandang atas balik sambil tersenyum dan cakap "sori', ceh...mat saleh la konon. Aku pandang balik kaki aku. Belek lebih kurang takut ada kecederaan menimpa kaki penyerang futsal ni.

Siot, baru aku perasan, selipar aku sebelah lain. Sebelah warna biru sebelah lagi hitam. Aku pandang 'awek tu balik. Dia senyum kat aku. Aku batalkan niat nak minum cendol hari tu. Terus ajak pakcik aku pergi gerai 'roti john'. Aku beli dua bungkus, boleh buat cover sebelah kaki masa berjalan nanti.

Esoknya aku cari port lain pasar ramadhan...

P/s: Ini bukan kisah benar.
Entry sempena menyambut puasa...


6 comments:

abcdef said...

eh skrg mmg stail pki sliper lain2 ape

aikiross said...

ngaku jela...ini mmg kisah benar..huhu...

'K' said...

Tahun ni aku nak pakai kaki ayam je pegi pasar ramadhan...

BUJANG SUSAH said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Team Joran UKM said...

kemal..mu ka ni??jgn lp follow aku balik k..TQ

LaLa said...

heee...lawakla cte ni