Waktu malam yang digunakan dengan baik untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah semestinya akan mendatangkan faedah kepada pelaku aktiviti tersebut. Dah nama pun 'aktiviti berfaedah', ye tak. Buat masa kini, waktu malam aku agak kurang terisi dengan aktiviti lain selain dari tido awal dan terjaga semula pada jam 12-1 pagi kemudiannya...dan disambung dengan aktiviti merebus Meggi akibat belum menyantap makan malam. Di bawah ini aku senaraikan aktiviti malam yang boleh aku aplikasikan dengan harapan agar waktu malam khususnya selepas waktu kerja lebih meriah, sentosa, bahagia, makmur dan tidak hanya disudahi dengan aktiviti membuat 'peta' atas bantal sahaja.
1) Main Futsal
Biasanya aktiviti riadah/sukan ni memang aku aplikasikan dalam hidup aku sebagai seorang atlit sejati. Disamping dapat mengurangkan lemak dalam perut, futsal jugak menolong aku untuk melepaskan tekanan kerja pada bola bulat yang bergolek-golek depan aku. Membayangkan muka seseorang yang membuat aku sakit hati pada bola futsal tu memang cukup membahagiakan, apatah lagi dapat merembat bola tu terus dalam jaring gol. Lagi afdal kalau bola tu melantun dua-tiga kali pada tiang gol dulu sebelum masuk dalam gawang. Perghhh...nikmat.
2) Menonton filem
Dua kategori menonton filem yang anda semua boleh lakukan. Pertamanya dengan membeli tiket wayang di panggung wayang berdekatan samada melalui online atau membeli sendiri di kaunter. Keduanya dengan hanya mendownload sahaja filem-filem terbaru di internet. Aku suka mengaplikasikan cara yang kedua. Apa la guna internet pejabat yang laju tu kalau tidak dimanfaatkan untuk kegunaan yang betul. Downloadnya di siang hari dan manfaatkannya di malam hari. Menarikkan? Sila amalkan.
3) Menonton Bola Sepak @ Mamak
Memang seronok bila menonton bola sepak bersama rakan-rakan. Bersorak ramai-ramai, sambil makan roti naan dan minum teh tarik, memang heaven. Tambahan pulak bila pasukan kegemaran anda menang dan rival pasukan anda pula kalah. Maka bertalu-talu mesej 'menganjing' akan diterima oleh penyokong pasukan yang kalah. Adat la semua tu. nak lebih tenang tutup sahaja handphone tu.
Kenapa aku ke kedai mamak? Kamon, tempat mana lagi yang menyediakan perkhidmatan skrin layar besar lengkap dengan channel sukan milik stesen televisyen berbayar paling berjaya di Malaysia. Lagipun hanya pekerja kedai mamak sahaja yang dari jenis yang tahan mengantuk, masih cergas ambil order pelanggan walaupun dah pukul 2 pagi. Kedai lain pula, baru pukul 12 dah sibuk-sibuk tutup lampu nak halau pelanggan.
4) Membaca buku/ Mengaji
Buku-buku architecture yang aku beli masa Homedec dan Archidex masih banyak yang belum aku baca, belek-belek gambar tu lain la. Aku kena update kan diri aku dengan design-design tekini. Barulah nanti tak kena kutuk dengan bos aku sendiri. Bab mengaji pulak aku cuba nak amalkan selalu, tak dapat baca banyak, baca sikit pun bolehlah.
5) Bermain permainan video
Aku agak jarang kebelakangan ini main permainan video. Faktor kekangan masa, kerja, komitmen keluarga, dan perkembangan peranti dan peralatan permainan video yang pantas merupakan antara sebab aku jarang main video game ni. PC aku sekarang ni pun tak mampu lagi nak tampung game-game terbaru akibat keperluan spec komputer yang tinggi. Tapi sekali-sekala nak hilang gian boleh la aku pakai PC pejabat (office lagi..hehehe) yang 'memang power gitu' untuk install pemainan baru dengan kerjasama dari Encik ABC.
Playstation 2 di rumah mak aku juga dah kurang feel untuk aku main. Setakat main Metal Slug tu boleh la aku mengadap permainan ni untuk tempoh setengah jam. Tapi untuk aku mengadap permainan macam Final Fantasy untuk masa 5-6 jam sehari seperti waktu dulu-dulu, aku rasa aku dah tak mampu. Kenapa ye? Aku da besar kot.
6) Tulis Blog
Ceh..kenapa la aku tak terfikir tadi. Blog da berabuk baru aku nak update. Nanti aku rajin-rajinkan diri update blog.
Bila bini jauh macam ni la. Susah benar nak cari aktiviti waktu malam. Nak pillow talk pun takde teman. Lambatnya bini aku nak habis pantang.
No comments:
Post a Comment