Di satu restoran McD.
Waktu: Kira-kira 9.15mlm
Lokasi: dirahsiakan.
Malam itu orang ramai. Sesak, berpeluh, melekit badan aku. Orang berpusu-pusu ke restoran McD ni. Maklumlah cawangan McD baru, tak sampai 2 hari pun buka...bau kedai lagi. Buka 24 jam pulak tu, siap ada drive-thru lagi.
Aku dan 2 orang lagi rakan beratur menunggu giliran mengambil pesanan. Barisan agak panjang. Ramai betul golongan ibu-ibu yang malas memasak malam ni.
Aku ambil line kedua, kurang sikit manusia yang beratur.
Dapur McD tengah sibuk. Order tengah banyak, customer ramai tengah tunggu.
Demi menjimatkan masa mengorder dan tentunya masa beratur, seorang kakitangan Mcd datang ke bahagian barisan sambil membawa kertas pesanan, dan mengambil pesanan setiap orang yang masih berbaris, bermula dari hadapan dan bergerak hingga ke belakang. Kertas pesanan itu akan diserahkan kepada pelanggan dan apabila sampai giliran di kauanter, pelanggan hanya perlu menyerahkan kertas tersebut kepada awek kaunter tu. Dapat la jimat seminit-dua masa beratur.
Akhirnya, kakitangan McD tu datang kepada rakan aku, yang berada di hadapan aku.
Tukang-ambil-order: “Encik nak order apa?”
Tanya akak McD tu sambil memegang pen dan mata khusyuk melihat kertas.
Rakan 1: “Bagi saya set McChiken saiz medium, air saya nak tukar air milo.”
Katanya ambil mata melihat papan harga makanan nun di hadapan kaunter.
Tukang-ambil-order: “Tu saje encik?”
Rakan 1: “Tu je.”
Jawab rakan aku sambil menyambut kertas order yang dihulur tukang-ambil-order.
Tukang-ambil-order melangkah setapak ke arah aku.
Aku: “Saya nak set McChiken large punya, air coke, tambah fries
ngan milo medium satu.”
Kata aku sambil seluk poket kira duit yang aku bawa masa tu.
Tukang-amik-order terkebil sebentar sebelum menyerahkan kertas order kepada aku, mungkin sebab tak sempat nak tanya order aku.
Terus beralih ke belakang, terus ke rakan aku yang seorang lagi.
Tukang-ambil-order: “Encik nak pesan ape?”
Rakan 2: “Hmmm..bagi saya set Big Mac, bagi yang large punya”
Tukang-ambil-order: “Ada apa lagi nak tambah?”
Rakan 2: “Tambah Cheesy wedges satu.”
Terkebil-kebil lagi Tukang-amik-order buat kali kedua.
Aku dan seorang lagi rakan pun kehairanan. Blur sekejap.
Tukang-ambil-order: “Nak tambah ape tadi?”
Rakan 2: “Cheesy wedges satu”.
Dengan tahap keyakinan yang tinggi rakan aku sekali lagi mengulangi ordernya
Tukang-ambil-order: "Tu kat KFC encik. Kat sini takda cheesy wedges."
Pecah perut aku dan seorang lagi rakan dek lawak malam tu. Depan kaunter tu juga aku ketawa berdekah-dekah. Dua tiga orang pelanggan lain yang sedar pun sama-sama tumpang ketawa. Tak ketinggalan juga si Tukang-Ambil-Order, tapi dengan skala ketawa yang lebih rendah..takut pelanggan lari kot.
Dan malam tu jugak aku berazam untuk mengurangkan makan di restoran makanan segera, takut kejadian sama menimpa aku, tak mustahil kejadian macam ni boleh menimpa aku jugak. Mungkin juga aku akan mengorder zinger burger pula kat Pizza Hut, atau memesan set happy meal kat KFC. Semuanya mungkin terjadi.
P/s: Entry lama aku dalam blog lama, tengah dok kemas PC boleh terjumpa pulak entry ni...legendary sungguh.
Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 21, 2010
Selepas Waktu Siang
Waktu malam yang digunakan dengan baik untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah semestinya akan mendatangkan faedah kepada pelaku aktiviti tersebut. Dah nama pun 'aktiviti berfaedah', ye tak. Buat masa kini, waktu malam aku agak kurang terisi dengan aktiviti lain selain dari tido awal dan terjaga semula pada jam 12-1 pagi kemudiannya...dan disambung dengan aktiviti merebus Meggi akibat belum menyantap makan malam. Di bawah ini aku senaraikan aktiviti malam yang boleh aku aplikasikan dengan harapan agar waktu malam khususnya selepas waktu kerja lebih meriah, sentosa, bahagia, makmur dan tidak hanya disudahi dengan aktiviti membuat 'peta' atas bantal sahaja.
1) Main Futsal
Biasanya aktiviti riadah/sukan ni memang aku aplikasikan dalam hidup aku sebagai seorang atlit sejati. Disamping dapat mengurangkan lemak dalam perut, futsal jugak menolong aku untuk melepaskan tekanan kerja pada bola bulat yang bergolek-golek depan aku. Membayangkan muka seseorang yang membuat aku sakit hati pada bola futsal tu memang cukup membahagiakan, apatah lagi dapat merembat bola tu terus dalam jaring gol. Lagi afdal kalau bola tu melantun dua-tiga kali pada tiang gol dulu sebelum masuk dalam gawang. Perghhh...nikmat.
2) Menonton filem
Dua kategori menonton filem yang anda semua boleh lakukan. Pertamanya dengan membeli tiket wayang di panggung wayang berdekatan samada melalui online atau membeli sendiri di kaunter. Keduanya dengan hanya mendownload sahaja filem-filem terbaru di internet. Aku suka mengaplikasikan cara yang kedua. Apa la guna internet pejabat yang laju tu kalau tidak dimanfaatkan untuk kegunaan yang betul. Downloadnya di siang hari dan manfaatkannya di malam hari. Menarikkan? Sila amalkan.
3) Menonton Bola Sepak @ Mamak
Memang seronok bila menonton bola sepak bersama rakan-rakan. Bersorak ramai-ramai, sambil makan roti naan dan minum teh tarik, memang heaven. Tambahan pulak bila pasukan kegemaran anda menang dan rival pasukan anda pula kalah. Maka bertalu-talu mesej 'menganjing' akan diterima oleh penyokong pasukan yang kalah. Adat la semua tu. nak lebih tenang tutup sahaja handphone tu.
Kenapa aku ke kedai mamak? Kamon, tempat mana lagi yang menyediakan perkhidmatan skrin layar besar lengkap dengan channel sukan milik stesen televisyen berbayar paling berjaya di Malaysia. Lagipun hanya pekerja kedai mamak sahaja yang dari jenis yang tahan mengantuk, masih cergas ambil order pelanggan walaupun dah pukul 2 pagi. Kedai lain pula, baru pukul 12 dah sibuk-sibuk tutup lampu nak halau pelanggan.
4) Membaca buku/ Mengaji
Buku-buku architecture yang aku beli masa Homedec dan Archidex masih banyak yang belum aku baca, belek-belek gambar tu lain la. Aku kena update kan diri aku dengan design-design tekini. Barulah nanti tak kena kutuk dengan bos aku sendiri. Bab mengaji pulak aku cuba nak amalkan selalu, tak dapat baca banyak, baca sikit pun bolehlah.
5) Bermain permainan video
Aku agak jarang kebelakangan ini main permainan video. Faktor kekangan masa, kerja, komitmen keluarga, dan perkembangan peranti dan peralatan permainan video yang pantas merupakan antara sebab aku jarang main video game ni. PC aku sekarang ni pun tak mampu lagi nak tampung game-game terbaru akibat keperluan spec komputer yang tinggi. Tapi sekali-sekala nak hilang gian boleh la aku pakai PC pejabat (office lagi..hehehe) yang 'memang power gitu' untuk install pemainan baru dengan kerjasama dari Encik ABC.
Playstation 2 di rumah mak aku juga dah kurang feel untuk aku main. Setakat main Metal Slug tu boleh la aku mengadap permainan ni untuk tempoh setengah jam. Tapi untuk aku mengadap permainan macam Final Fantasy untuk masa 5-6 jam sehari seperti waktu dulu-dulu, aku rasa aku dah tak mampu. Kenapa ye? Aku da besar kot.
6) Tulis Blog
Ceh..kenapa la aku tak terfikir tadi. Blog da berabuk baru aku nak update. Nanti aku rajin-rajinkan diri update blog.
Bila bini jauh macam ni la. Susah benar nak cari aktiviti waktu malam. Nak pillow talk pun takde teman. Lambatnya bini aku nak habis pantang.

Thursday, September 9, 2010
Monday, May 24, 2010
Pergelangan Tanganku yang Suci Murni
Gambar xda kena mengena dengan cerita
Aku memang tak suka benda-benda mengelilingi pergelangan tangan aku, baik benda tu gelang, bangle, jam tangan, mahupun tangkal kencing malam. Aku rimas kerana benda-benda ini akan mengganggu perjalanan hidup aku seharian. Kejadian seperti tersangkut, kena rembat memang tak mustahil terjadi jika kita pakai benda alah ni semua. Ahhh..tipikal..
Jam tangan sebagaimana sifatnya pasti akan meninggalkan kesan peluh di bahagian bawahnya. Maka aku sebagai seorang manusia normal yang kuat berpeluh memang tak gemar dengan keadaan macam ni, rimas. Kali terakhir aku pakai jam di pergelangan tangan aku (jam dinding xkira) kira-kira 13-15 tahun lepas, masa sekolah rendah. Walau bagaimanapun riwayat jam tangan aku yang terakhir itu berakhir dengan kejadian yang agak tragis.
Kejadian tu berlaku berbelas tahun lepas. ketika tu aku dalam perjalanan pulang dari kampung di Kelantan. Mungkin akibat banyak makan budu pada hari tersebut, abah memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak terdekat untuk memberi peluang kepada aku untuk melakukan sedikit 'pelaburan' di tandas situ. Aku yang pada waktu tu yang ibarat 'telur di hujung tanduk', memang tak buang masa, terus melompat turun dari kereta menuju ke arah toilet. Aku berjalan dengan cara yang agak control untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, tak berani aku nak berlari,maklum la 'telur di hujung tanduk'.
Dengan gaya jalan yang mcm Miss Universe akhirnya aku tiba di dalam tandas. Owh..perlu diberitahu disini, disebabkan tahap ketidakselesaan aku terhadap pemakaian jam tangan yang agak tinggi ketika itu, jam tangan aku biasanya hanya aku simpankan di dalam poket kiri seluar aku. Bila keadaan memerlukan aku melihat jam barulah aku keluarkan jam tersebut. Keadaan tak jauh berbeza dengan orang yang menggunakan jam pada telefon bimbit untuk mengetahui waktu pada ketika ini, yang membezakan pada tahun tersebut telefon bimbitnya memang tak muat nak masuk dalam poket, baling anjing laut pun mati.
Ok, berbalik kepada cerita tandas tadi.
Akibat tidak berhati-hati, jam tangan aku didalam seluar tersebut telah menggelongsur dari dalam poket seluar dan jatuh ke dalam lubang tandas. Cubaan untuk 'meng'keruk'' ke dalam lubang tersebut bagaimanapun tidak berhasil untuk menemukan kembali jam tangan tersebut dengan tuannya. Maka semenjak pada hari itu, aku tidak pakai jam tangan. Maka bermula hari itu,bebas la pergelangan tangan aku dari sebarang objek bergantungan. Hanya sekali sekala ada perempuan terpilih bergantungan di lengan ini terutama ketika keluar beli belah...hehh..
Hanya selepas berbelas tahun, pada tahun 2010 ini aku kembali memakai jam tangan. Itu pun dek kerana hadiah bermakna dari seseorang yang aku sayang. Memang agak kekok dan pelik pada mulanya, tapi selepas 2 hari aku dah mula membiasakan diri.
Harapnya aku dapat jaga pemberian ini dengan baik...takut juga aku kalau terkena simen masa kat site project nanti..:)
Gambar ni ada kena mengena sikit dengan cerita...
P/s: Biasa orang pakai jam tangan sebelah kiri ke kanan ye?

Saturday, February 20, 2010
Jangan Buat Kerja Bodoh 2 Kali
Subscribe to:
Posts (Atom)