Sunday, July 19, 2009

Mak aku dan Teknologi.

Waktu malam aku diantara jam 10 hingga 12 tengah malam biasanya digunakan untuk membuat kerja-kerja yang tertangguh di pejabat. Kalau tiada urusan pejabat, aku akan gunakan masa tersebut untuk membaca berita di internet, chatting, atau melayan counter-stike di komputer kesayangan aku ni. Kiranya penggunaan komputer adalah 'wajib' pada setiap malam.

Atas sebab kemalasan yang teramat sangat dan faktor mengantuk yang melebihi tahap manusia biasa, kadangkala aku terlupa menutup suis elektrik komputer aku lepas shut down. Mak aku akan membebel tiap pagi kalau dia tahu yang aku tak tutup suis komputer malam itu. Untuk keselamatan katanya, takut berlaku litar pintas. Maka untuk 'membanteras' sikap lalai aku itu, kadang kala dia akan mengetuk pintu bilik sambil mengingatkan aku agar menutup suis sebelum tido.

Pada satu malam, jam sudah pukul 12. Mata aku dah mula mengantuk menandakan khidmat bantal, katil dan selimut amat di perlukan pada waktu tersebut. Aku tutup komputer . Mulakan langkah berat ke katil.

"kring...kring..."

Kedengaran ringtone 'wonderpet' aku menandakan satu sms dah masuk. Aku agak sms dari 'awek-awek' yang memerlukan ucapan 'Good Night' dari seorang lelaki barangkali, tanggungjawab aku setiap malam. Aku buka inbox;

"K, jangan lupa tutup suis komputer itu sebelum tido..."

Pergh, inilah mak aku semenjak pandai tulis sms ni...

4 comments:

abcdef said...

Sempoi la makcik clap2 ha2

'K' said...

Zaman akan datang; interkom dipasang antara bilik ke bilik...nak kejut anak2 bangun pegi sekolah jerit je kat interkom tu..hehehe

aikiross said...

akan datang: aktiviti 10-12 mlm ko bertuka la ye...eheh...uhuk3...ehem....!
mak ko pun xde la pyh3 ak SMS ko tutup suis lg...hohho!i

'K' said...

Aku tengah bayangkan.......................pergh xterbayang.....